my page

Sabtu, 20 Desember 2008

adaKAh Kita LAyak di UJI...???

"Mak kambing, maafkan saya. Saya nak ambil anak makcik untuk buat rendang ya!" pinta seorang pengusaha ternakan kambing kepada seekor kambing betina tua, yang terpinga-pinga. Perlukah beliau meminta izin si emak untuk menyembelih si anak? Tidak perlu. Hakikatnya, emak kambing, ayah kambing, anak kambing dan seluruh ahli keluarganya adalah milik pengusaha ternakan kambing tersebut. Mahu diambil si emak, mahu diambil si anak, kuasa mutlak ada padanya. Namun kerana ihsan yang ada pada diri, penternak kambing sentiasa mengambil si kambing dewasa untuk jualan dan sembelihan. Sesekali sahaja keadaan sebaliknya berlaku. Tiada pertikaian, kerana seluruh kandang itu milik dirinya. Manusia yang memberi makan, minum, penjagaan, rawatan, perlindungan dan segala yang diperlukan oleh si kambing untuk hidup sejahtera. RUBUBIYYAH ALLAH Ada apa di sebalik kisah kambing? Ia cara mudah untuk memahami kesan mengimani Rububiyyah Allah. "Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memiliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?" [Yunus 10: 31] Mengimani bahawa Allah sebagai RABB, bahawa Dia itu Pencipta alam, Pentadbir alam, Pengatur alam dan Pemilik alam… adalah sari pati pengertian iman kita kepada Rububiyyah Allah. Rububiyyah bukan iman muqaddimah yang remeh. Ia adalah iman asas, tempat di mana terbina dan berpijaknya kehambaan kita kepada Allah SWT. Sepatutnya, kesan mengimani Rububiyyah Allah inilah yang membawa kita kepada perbuatan menghambakan diri kepada-Nya, menunaikan tuntutan-tuntutan Uluhiyyah Allah, sebagai Ilah dan Keutamaan Tertinggi dalam hidup ini. Namun, Iman warisan yang tiada nilai pilihan, mungkin tercicir akan hakikat ini. Dalam keadaan manusia beribadah kepada Allah, jiwanya gagal berhubung dengan Rububiyyah Allah. Justeru dalam `kesempurnaan' ibadah dan ritualnya, dia terlupa akan hakikat diri sebagai HAMBA. HAMBA YANG LUPA Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji. "Apa salah anak saya. Mengapa dia yang mati, bukan saya!" kata-kata manusia yang terlupa. Terlupa bahawa dirinya, anaknya dan seluruh ahli keluarganya, adalah milik mutlaq Allah, Pemilik mutlaq alam ini. Terikatkah Allah kepada peraturan kita bahawa anak yang sepatutnya menghantar ibu bapa ke kubur dan bukan sebaliknya? AYAT-AYAT CINTA "Oh, novel itu sangat bagus. Ia panduan bercinta menurut Islam," komen gadis-gadis Islamik yang jatuh hati dengan novel Habiburrahman El Shirazy. "Ceritanya indah sekali. Ana kepingin menjadi Fahri," ulas seorang akh yang larut dalam kisah syahdu di bumi Kinanah itu. Mana mungkin Habiburrahman El Shirazy menulis sebuah novel, hanya untuk membentangkan soal cinta! Saya bukan seorang pembaca novel. Namun dek kerana gahnya karya Ayat- ayat Cinta ini, saya gagahkan jua membacanya. Sungguh luar biasa. Filemnya juga ditonton. Bukan sekali tetapi dua. Tetapi saya tidak melihat novel itu kemuncaknya adalah cinta. Saya tidak jadi `mabuk cinta' membaca bait Ayat-ayat Cinta. Sebaliknya jiwa saya remuk meneman Fahri ketika di dalam penjara, kerana di situlah mesej teragung yang sepatutnya diangkat sebagai muhasabah terbesar ke atas jiwa.


Sama ada rakan sepenjara Fahri itu adalah Profesor Abdur Rauf yang dinukil novel, atau lelaki gila tanpa nama di dalam filem, ungkapannya bagai panahan lintar menampar pipi Fahri, juga saya yang membacanya: "Allah sedang berbicara kepadamu tentang SABAR dan IKHLAS… SABAR dan IKHLAS itulah Islam"

Ya… kesalahan Fahri adalah pada sangkaan dirinya, bahawa setelah
hidup dalam ilmu dan ketaatan, beliau tidak wajar diuji. Beliau itu bersih, suci, bagai yang dimahukan oleh Allah. Apatah lagi ujian itu adalah pada sesuatu yang bertentangan dengan nilai hidupnya.

Mana
mungkin seorang yang begitu bersih dari menggauli manusia berlawanan jantina, tertuduh dengan sebusuk-busuk fitnah, merogol Nora? "Apa salah saya kepada Allah???" soalan seorang manusia bernama Fahri, yang tertipu dengan dirinya sendiri. "Istighfar! Allah sedang memberitahu kamu supaya jangan sombong! Ingat siapa diri kamu!" bicara waras seorang manusia gila.

Itulah beban Ayat-ayat Cinta, bahawa segala tentang Fahri adalah untuk mempotretkan seorang manusia yang sempurna pada ilmu, pada amal, pada ibadahnya kepada Dia. Tetapi ikhlas dan musuh ikhlas itu sulit. Sulit dan tersembunyi bagai semut hitam merayap di atas batu hitam pada malam yang hitam pekat.

MUSIBAH ITU ADA TUJUANNYA



Agar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, dalam bentuk yang di luar bayangan dan jangkaan kita. Kerana kita manusia yang lupa, bahawa kita semua adalah hamba. Status yang menjadikan kita sentiasa layak untuk diuji, dan diperlakukan apa sahaja oleh Pemilik kita (dengan selautan hikmah). Masakan kita boleh terlupa bahawa sujudnya kita adalah kerana kita hamba, milik Dia? Lulus ujian itu, meningkatlah darjat kita.

Daripada seorang hamba
yang kurang baik, kepada hamba yang lebih baik. Namun masih tetap seorang HAMBA. Buruk sangka, tidak mencari `bicara Tuhan' di sebalik musibah dan berantakan menyelaputi jiwa, binasalah kita sebinasa-binasanya. Seorang lelaki yang baik, menjaga iman dan beramal soleh, difitnah berzina? Seorang isteri yang baik, taat, melakukan segala kebaikan untuk kesempurnaan rumahtangga, dihadapkan dengan khianat suami bermain kayu tiga?

Seorang suami yang bertanggungjawab, melakukan kebaikan kepada rumahtangga tak berbelah jiwa, diuji dengan isteri dan anak-anak yang kufur nikmat bernafsu rakus meminta dunia? Seorang anak yang datang dari sebuah keluarga bahagia, berdepan dengan keluarga mertua yang mengundang sengsara? Seorang ibu dan seorang bapa, yang sangat menjaga hal ehwal pendidikan dan akhlaq anak-anak mereka, diuji dengan salah seorangnya menjadi pelesit menconteng arang ke muka? Mengapa semua ini berlaku?

Itulah bicara Allah kepada kamu…
Kamu pernah mendakwa yang kamu menjaga pergaulan adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa bahawa kamu mentaati suami dan menjaga
kebajikannya adalah KERANA DIA. Kamu pernah mendakwa bahawa kamu memelihara isteri dan anak-anak adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa bahawa kamu menjadi anak yang baik adalah
KERANA DIA. Kamu pernah mendakwa baahwa kamu menjadi ibu dan bapa yang melaksanakan segala tugasan dengan sempurna adalah KERANA DIA. LUPA Tetapi kamu terlupa. Ketika kamu tidak bergaul bebas, menjaga hubungan, dan berakhlaq baik, kamu terlupa kepada Allah hingga menyangka yang kamu seharusnya menerima yang baik-baik sahaja dalam hidup ini. Bukan cela, bukan hina. Lelaki baik harus lancar memiliki perempuan yang baik.

Ketika kamu mentaati suamimu, menjaga segala keperluannya, kamu
terlupa kepada Allah dan meletakkan jangkaan bahawa mencintai sama dengan memiliki, dicintai sama dengan dimiliki. Tatkala kamu menjaga isteri dan anak-anakmu, kamu lupa kepada Allah hingga kamu sangka itu semua jasa, dan jasa mesti dibalas budi. Ketika kamu menjadi anak soleh, kamu lupa kepada Dia dan kamu sangka kebaikanmu itu suatu jaminan. Mustahil anak yang baik dikeji manusia ibu dan manusia bapa, biar pun mereka hanya mertua.

Semasa kamu mendidik anak-anak dengan sebaik-baik didikan, kamu lupa
kepada Allah lalu mengharap kebaikanmu dikenang dan dibalas mereka, hingga terlupa niat kamu berkaitan Dia.



BAIK DAN MUKHLIS

Garis yang memisahkan di antara seorang manusia yang berlaku baik, dengan seorang manusia yang ikhlas dalam kebaikannya, amat tipis.

Justeru datanglah ujian yang tidak disangka-sangka, untuk
menzahirkan keikhlasan itu. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "kami beriman", sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2] Maka lelaki soleh yang difitnah zina, maka isteri solehah yang dikhianati suami, maka suami soleh yang dikufuri isteri, maka anak soleh yang disakiti ibu bapa, baik kandung atau mertua, maka ibu bapa solehin yang dikecewakan anak oleh perlakuan buruknya, ketahuilah bahawa ALLAH sedang berbicara kepada kamu. Bicara untuk menyedarkan kamu, bahawa hati harus puas kerana mengikhlaskan kehambaan kepada-Nya. Bahawa sebaik mana sekali pun ibadah kamu, tanpa JIWA HAMBA, segalanya tidak bermakna.

HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.


HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.

HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA.

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan
Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan tentang diri mereka.

Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka. [Al-Hasyr 59: 19]
Kita sentiasa layak diuji…
Kerana kita adalah HAMBA.
Justeru hancurkanlah RASA MEMILIKI!


dipetik dari : ABU SAIF @ www.saifulislam. com 56000 Kuala Lumpur

Sabtu, 14 Juni 2008

taK boleH kE sAbAR???

Assalamualaikum......
sudah lama aku tak menulis blog....dan membuka blog pun jarang....tapi hari ni...terbuka plak hati aku untuk menulis sedikit luahan hati ....n sambil mengisi masa yang ada...hurmmm..tajuk kali ni sabar....semua orang tahu sabar itu separuh daripada iman....kerana itu aku cuba untuk menjadi orang yang sabar....kerana aku pon nak jadi orang yang beriman gak...

tapi sebagai manusia....lemah lagi...kesabaran aku ada hadnya....lagi lagi cuba untuk menjadi seorang yang sabar dalam menghadapi perangai manusia yang tiada kesabaran....kalau bunga pun macam-macam jenis...pokok macam-macam spesis...ikan macam-macam genus...manusia apatah lagi....lagi laa macam-macam perangai...kadang-kadang ada perangai yang sukar diungkap oleh kata-kata...sebaba tu orang kata unik..haha

tapi walau macam-macam perangai pun seseorang itu ...ada beberapa perkataan yang boleh menjadikan kita bersefahaman...antaranya...saling hormat-menghormati dan bertoleransi...
dan memahami...mungkin ada perkataan lain...tapi bagi aku yang penting tiga ni laa...sebagai manusia terutama antara sesama kawan...
kenapa laa susah sangat nk beri toleransi dan sabar sket...kenapa mesti membuang perasaan ketidakpuas hati kepada orang lain...kenapa tidak cuba untuk mengawal api kemarahan dengan senyuman dan bertutur dengan kata-kata baik...

haihh..aku laaaa....sabar je laa....nasib baik laaa aku ni jenis leh tahan n flexsible-able....kalau tak...dekat karnival tu juga aku dah hambur semua2...tapi ...sabar...sabar...sabar...itu je word yang boleh aku tahan sampai jejak kaki ke rumah aku..

lagi satu...sebagai orang yang sudah berumur 20 tahun++....boleh tak bertindak sebagai matured girl dan professional....jangan kerana masalah sendiri sampai melibatkan orang lain....ikut sangat kata hati...last2 tension sendiri...nasib baik lah aku tak pernah kena...tp kesian laa kawan aku tuh...tak pasal2 kene marah-marah...

aku memang malas bersuara...dan malas nak pkir bnde remeh temeh macam nih...tapi........bile aku dah berbunyi..haaa...siap laa...sebab tu ..aku ambil jalan yang mudah dan tidak menyakitkan hati sesiapa...tapi hati aku plak yang sakit...tapi x pe laa...sebab aku tau x kan ke mana-mana...bukan duduk jauh-jauh unless dah blik malaysia...duduk serumah...kongsi ruang tamu...kongsi bilik air....nasib baik bilik tak kongsi...hehe...kalau tak ...tak tau laa spe yang jadi roomate die...sbb aku pun quite bad tempered..namun aku cuba mengawalnya...supaya tiada orang yang sakit hati...bile orang sakit hati..kawan pon lari...last2 hidup sendri-sendiri..hehehe.

andai kata aku silap perhitungan dalam hal ni...maafkanlah aku..aku pun selalu gak buat silap..dan aku akan sentiasa buat silap kalau tiada orang yang menegur aku..maka tegurlah aku dengan cara yang baik...supaya tiada pihak yang sakit hati....wasslam...

Selasa, 22 April 2008

tahaJUD PenJANA roHANiah..




DOA lebih mudah dimakbulkan semasa solat tahajud.



SOLAT tahajud yang dilakukan pada malam hari memberi kesan yang amat besar kepada individu terbabit. Waktu untuk mendirikannya ialah selepas solat Isyak hingga Subuh.



Firman Allah yang bermaksud: "Dan bangunlah pada sebahagian malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji." - surah al-Isra': 79.
Kelebihan solat tahajud turut ditekankan oleh Rasulullah s.a.w. seperti dalam hadis baginda yang bermaksud: "Apabila seseorang itu terjaga daripada tidurnya pada waktu malam dan membangkitkan isterinya, lalu kedua-duanya menunaikan solat dua rakaat, nescaya mereka ditulis dalam golongan manusia yang banyak menyintai dan menyebut Allah." - hadis riwayat Ibn Hibban daripada Abi Sa'id.



Dalam sebuah hadis yang lain daripada Aisyah r.a: Bahawa Rasulullah bangun sebahagian daripada waktu malam untuk bersembahyang hingga bengkak kedua kakinya, maka aku (Aisyah) berkata kepada Baginda, mengapa kamu lakukan ini semua, bukankah dosa tuan telah diampunkan oleh Allah sama ada yang terdahulu mahupun yang terkemudian?
Baginda menjawab: "Bukankah aku ini hamba yang bersyukur." - Muttafaq A'laih.
Solat tahajud merupakan amalan para nabi dan sahabat. Sememangnya suatu yang amat berat bagi seseorang untuk bangun ketika orang lain tidur nyenyak.
Namun demi Allah, patutlah kita bersusah payah untuk mencari rahmat mendapatkan keredaan-Nya. Bangun malam untuk merebut rahmat Allah adalah suatu kekuatan yang sangat luar biasa.



Dengan ketenangan dan keheningan malam, hamba yang beriman akan mengambil kesempatan untuk mengukuhkan hubungannya dengan Allah. Mereka bangun dengan penuh harapan, pujian dan permintaan agar dosa-dosa diampunkan dan rezeki diluaskan.
Ketika mengangkat tangan untuk menyatakan kebesaran dan keagungan Allah sambil menghadap kiblat, terasa suatu kedamaian yang sangat luar biasa apatah lagi dihayati satu persatu makna ayat-ayat yang dibaca perlahan dan penuh tertib.
Bagi yang memahami maksud ayat yang dibaca, terasa gerun, gembira dan sedih dengan janji-janji Allah.



Mohonlah apa sahaja supaya hidup diberkati. Solat tahajud mampu menguatkan hati kerana hamba dapat meluahkan isi hati tanpa ada sekatan terhadap Tuhannya. Menyesali dosa-dosa yang dilakukan dan mengharapkan rahmat Allah.



Perkara yang boleh dilakukan dengan sebanyak-banyaknya ialah beristighfar memohon keampunan selain berzikir dengan khusyuk. Bermunajat dan berdoa supaya Allah memberi ehsan dan bimbinganNya kepada kita.



Rasulullah telah memberikan contoh terbaik untuk tidur lengkap dengan doanya sekali. Antaranya ialah:



* Makan malam yang sedikit sebagai mengalas perut.
* Menunaikan solat Isyak sebelum tidur.
* Membersihkan tempat tidur daripada habuk dan kotoran.
* Membaca doa sebelum dan selepas bangun tidur




dipetik dari :
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0418&pub=Kosmo&sec=Famili&pg=fa_04.htm

Senin, 21 April 2008

ikhTilaT IkhWAh dan AkhWAt....sekSISkah Kita??!

Persoalan mungkin, ikhtilat IKHWAH dan AKHAWAT, Bagaimana dengan kita?. Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi seseorang muslimin-muslimat yang beriman kepada Allah dan Rasul itu menjauhi ikhtilat yang haram antara lelaki dan perempuan. Hendaklah seorang wanita itu apabila telah cukup ilmu dan fahamnya dan terlibatnya di dalam dakwah untuk memastikan dirinya jauh dari ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya.
Perlanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana :

1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.
2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.
3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.
4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.

Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna-warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol front Islam namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak fokus pada pemahaman dan amal.

Aktivis sekular tidak lagi segan dengan kita!!! Seorang ustaz bercerita bahawa ada aktivis sekular yang berkata kepadanya, ” Ustaz, dulu saya respect pada Islamic student, pakai tudung labuh, berkopiah kerana pandai menjaga pergaulan muslimin-muslimat, namun kini mereka sama saja dengan kami. Kami jadi tak segan lagi.”

Ungkapan aktivis sekular di atas memalukan kita selaku jundi-jundi yang ingin memperjuangkan agama-Nya. Menjaga pergaulan lelaki-perempuan memang bukanlah hal yang mudah kerana fitrah lelaki adalah mencintai wanita dan demikian pula sebaliknya. Hanya dengan keimanan yang kukuh dan mujahadah sajalah yang membuat seseorang dapat istiqomah menjaga batas-batas ini.

Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini

1. Tidak Menundukkan Pandangan ( Gadhul Bashar )
Bukankah ada pepatah yang mengatakan, ” Dari mana datangnya cinta ? Dari mata turun ke hati”. Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, “Ah, tidak perlu gadhul bashar, yang penting kena jaga hati!” Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil “warak berbungkus“.

2. Couple
Duduk berdua di taman-taman, tepi-tepi malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ ditempat2 yang mencurigakan. Walaupun kebanyakan masyarakat pelajar Azhar mahupun masyarakat arab tidak mempedulikan sebegini kerana menganggap ustaz-ustazah yang berduaan ini sedang berdiskusi tentang Islam dan tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.

3. “Chop awal2″ Untuk berkahwin
“Bagaimana, ustazah? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang.” Akhawat belum tamat belajar sehingga ‘dichop’ seorang ikhwah untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air. Bukankah Nabi sallahu Alihi Wasallam sendiri melarang kita daripada ‘chop awal’ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara keduanya takut-takut terjerumus kekancah maksiat. Justeru, mana mungkin hubungan suci suami isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan. ‘

4. Telefon Tidak ‘Urgent’
Menelefon dan berborak tidak tentu arah yang tidak ada nilainya sama ada soal pengajian mahupun atau soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, ana gusar apa akan kita jawab dihadapan Allah nanti. Apa yang lebih malang, kita selaku daei, ulamak dan harapan masyarakat di luar sana sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku

5. SMS Tidak ‘Urgent’
Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan da’wah, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melempiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.

6. Berbicara Mendayu-Dayu
Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula. Jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.

7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’
YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal2 penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah kemana dan tidak fokus pada da’wah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku.

Firman Allah Subhanahu Wataala :
Rasulullah s.a.w bersabda, ” Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan.” (HR. Ahmad)

Penutup
Ikhtilat Ikhwah dan Akhawat, seksiskah kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau ‘ikhtilat’ di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.
Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana ‘ikhtilat’ yang melanggar batas2 syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.

Jadilah lelaki yamg mampu membela dan memimpin kaum hawa ke jalan yang membawa mereka ke syurga. Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama2 memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka.

Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, Ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama?. Jangan sampai suatu masa anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita adakan hari ini. Wallahu ‘alam
Sumber: http://achiksolehah .wordpress. com/2007/ 11/27/menjaga- ikhtilatmari- renung-dan- amalkan/

RESPONS:
Tidak Menundukkan Pandangan ( Gadhul Bashar )
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
(An-Nur: 30)
Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan."
Ibn Katsir ketika menafsirkan ayat ini menyebut bahawa, “Ini adalah arahan daripada Allah kepada hamba-hambanya yang beriman untuk menundukkan pandangan mereka daripada melihat apa yang telah diharamkan ke atas mereka. Mereka sepatutnya melihat kepada apa yang dihalalkan kepada mereka, dan menundukkan pandangan mereka. Andaikata pandangan seseorang itu tanpa sengaja melihat sesuatu yang diharamkan, dia perlu memalingkan pandangannya secepat mungkin.”
Kemudian Ibn Katsir membawakan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam kitab shahih beliau daripada Jarir yang bertanyakan kepada Rasulullah SAW,
سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ نَظْرَةِ الْفَجْأَةِ فَقَالَ اصْرِفْ بَصَرَكَ
“Aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang pandangan sepintas lalu. Maka dia menjawab, “Palingkan pandanganmu.”

Hadith Shahih Riwayat Muslim
Selain itu terdapat beberapa hadith shahih lagi yang menerangkan mengenai hal ini. Dan jelas bahawa menundukkan pandangan bukanlah satu perkara yang boleh dipandang enteng.
Couple, “Chop awal2″ Untuk berkahwin
Tiada istilah couple di dalam Islam. Dan tiada juga istilah “chop awal-awal” untuk berkahwin. Dan tidak ada guna menggunakan istilah “chop” untuk menghalalkan perbuatan “couple” ini.

لم نر للمتحابين مثل النكاح
“Kami tidak melihat di antara dua orang yang saling menyukai melainkan perkahwinan.”
Diriwayatkan oleh Ibn Majah di dalam Sunannya, dinilai sebagai shahih oleh al-Albani di dalam Silsilah as-Shahihah serta Shahih Wa Dha’if Sunan Ibn Majah.
Mereka yang saling menyukai tidak akan berakhir melainkan dengan perkahwinan. Jika benar, anda menyukai seseorang gadis. Maka pinangilah ia. Kerana itu sesungguhnya lebih baik untuk orang yang beriman daripada menjerumuskan diri daripada lembah kehinaan.
Malang sekali bagi mereka yang sudah layak untuk bernikah, tetapi menangguhkan hal ini dengan alasan kononnya ingin mengambil lebih masa untuk mengenali bakal isteri, atau kononnya untuk memilih bakal isteri yang benar-benar sesuai.
وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
(An-Nur: 32)
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.

Ibn Katsir ketika menafsirkan
وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَى مِنْكُمْ
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang dari kalangan kamu”
berkata bahawa “Ini adalah arahan untuk berkahwin.”
Rasulullah SAW berkata;
يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ
“Wahai pemuda, siapa sahaja dari kalangan kamu yang mampu untuk berkahwin, maka berkahwinlah, kerana ianya adalah lebih berkesan dalam menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka. Siapa yang tidak mampu untuk berbuat demikan, maka berpuasalah, kerana ia adalah perlindungan buatnya.”

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan juga Muslim
Jika sudah mampu untuk berkahwin, maka berkahwinlah. Dan jika tidak, usah sesekali mendekatkan diri anda dengan perkara yang tidak berfaedah.
Berbicara Mendayu-Dayu
Allah telah menjadikan Ummuhatul Mu’minin sebagai contoh terbaik dalam hal ini kepada semua muslimat yang lain.

يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَعْرُوفًا
(Al-Ahzab: 32)
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain jika kamu bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ
“Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja.”
Ibn Katsir menyatakan bahawa As-Suddi dan yang lain berpendapat bahawa ayat tersebut membawa makna ‘jangan bercakap dalam keadaan lemah lembut apabila berbicara dengan lelaki.’

وَقُلْنَ قَوْلًا مَعْرُوف
“Dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik.”
Ibn Zaid berkata: “Kata-kata yang mulia dan cantik yang diketahui elok (ma’ruf).” Ini bermakna dia (muslimat) sepatutnya berbicara dengan seorang lelaki yang bukan mahramnya dalam keadaan yang tiada kelembutan (yakni tegas-pent), sebagai contoh, seorang wanita tidak boleh berbicara dengan lelaki yang bukan mahram sebagaimana dia berbicara dengan suaminya.
Wanita perlu bercakap dalam nada yang tegas apabila berbicara dengan seorang lelaki yang bukan mahramnya. Dan tidak sepatutnya untuk seorang wanita solehah berbicara dalam keadaan mendayu-dayu, lembut, mahupun merengek yang mana sifat tersebut tidaklah layak untuk dibawa olehnya.
Telefon Tidak ‘Urgent’, SMS Tidak ‘Urgent’, Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’.
Dan termasuk dalam perkara yang baik bagi seorang mu’min adalah dengan meninggalkan perkara yang sia-sia dan tidak mendatangkan faedah bagi dirinya, mahupun pada diri orang selainnya. Perbuatan ‘telefon’, ‘SMS’ mahupun ‘YM’ atau ‘chatting’ yang tidak mendatangkan sebarang faedah adalah termasuk di dalam perkara yang sia-sia. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan perhubungan antara dua orang; iaitu lelaki dan wanita.
Rasulullah SAW bersabda bahawa,

مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكَهُ مَا لَا يَعْنِيهِ
“Sebahagian daripada kebaikan keislaman seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya.”
Diriwayatkan oleh al-Tirmidzi dan beliau menghukumnya sebagai hasan. Dan al-Albani menilainya sebagai shahih di dalam Shahih Wa Dha’if Sunan Tirmdizi (2317) dan (2318)
Islam tidak pernah menyempitkan perjalanan da’awah. Namun amat malang bagi mereka yang mempergunakan kemudahan teknologi sebagai satu cara untuk ‘menghalalkan’ ikhtilat. Bukankah lebih baik untuk dimanfaatkan setiap ruang yang ada dalam da’awah ini dengan cara yang betul?

Sekilas lalu mengenai komentar saya pada isi yang ketiga, sikap yang tegas, bukan hanya di dalam bicara. Tetapi juga perlu diterap dalam perhubungan melalui ‘SMS’, ‘YM’, mahupun ‘chatting’. Sikap tegas di sini bermaksud untuk berurusan di atas perkara yang perlu sahaja, dan mengelakkan ‘perbualan maya’ yang meleret-leret dan tak punya manfaat. Tidak perlu untuk berbual-bual kosong yang mana mampu menimbulkan fitnah.
Tinggalkan perkara yang tidak perlu. Amat menakutkan mengenangkan hakikat bahawa kadangkala kita terleka dengan perkara yang bathil sehingga menyebabkan kita terlupa perkara yang perkara yang lebih perlu diutamakan.
Dan peringatan ini tidaklah saya tujukan melainkan kepada diri saya sendiri.Allahua’ lam.
Abu Fadhl

Sumber: http://life- verses.blogspot. com/

Sabtu, 19 April 2008

SemoGa PaNjanG Umo...!!!..(",)




PAdA tanggal 8 april yang lepas aku telah mengadakan party hari lahir ku sempena yang ke-20 tahun...beberapa teman aku telah jemput selain housemateku....hurmmm...pejam celik- pejam celik ...sekejap sahaja aku sudah menginjak umur yang ke 20 tahun...ini bermakna zaman remaja ku telah berlalu...dan sekarang aku mula melangkah alam pradewasa..hahaha....kadang-kadang terfikir juga...dengan perangai seperti kebudak-budakan ...tapi kadang-kadang je laa..layak kah aku untuk menjadi seorang dewasa...nampaknya...layak atau tidak ...harus dan wajib untuk berubah...huhuhu...




lagi.. satu aku kadangkala terfikir juga...orang dahulu kan kahwin awal...seusia aku...dan boleh memikul tanggungjawab yang besar....tapi bila memandang diri sendiri....aku rasa tak bersedia lagi untuk memikul tanggungjawab itu...kerana aku masih memerlukan teman-teman dan ibu bapa serta adik-adik dalam hidup aku...adakah aku belum matang dari segi hal ini...??..




lagipun aku mempunyai impian sendiri...impian untuk dIi sendiri dan juga untuk ibu bapaku...sebelum melangkah alam yang lebih serius....taai kata sudah ditakdirkan ...terima je lah dengan hati yang redha...huhu




bila duduk sorang-sorang mesT aku teringat zaman-zaman ketika kecil...hehehe...semua rasa ada...pahit manis...kelat...masin ...apa lagi....tak sangka aku ni...boleh tahan juga nakalnya...tapi nakal- nakal pun...alhamdulillah..sampai juga ke tahap sekarang ni....cuma sekarang ni....bertahan dan berusaha sahaja...tinggal 5-6 tahun je pon....harap -harap boleh bersabar...tak kan aku nak korbankan....usaha aku selama ini hampir berbelas tahun kerana satu minit kelalainan...ooowh..tidak....harap-harap dijauhkan...




terima kasih abah dan mak...kerana memukul aku ketika kecil...walaupun ia menyakitkan tetapi pukulan itu adalah pengajaran yang tidak ternilai harganya..ntah laa..berapa banyak hanger yang patah dibuatnya...hahaha...tapi xde laa nakal sampai curi ayam ker...besalah...anak sulung...ada je laa tugas kene buat...kalau x jaga adik....kene basuh kain...tapi yang bestnyer...duk jauh2 camni..bila balik kampung.... nampak perbezaan yang ketara.... mak dah x suruh basuh kain dah...adik aku pulak yang kena...kah3....ok laah tu...adil..




tapi boring ape kalau tak buat keje... asyik makan tido makan tdo...bulat laa badan aku...hurm...kenelaah cari keje gak...kalau x cam sia-sia je duk kat kampung kalau balik.,,,




bila berjauhan baru rsa yang mak aku ni sayang juga kat aku....abah aku pon macam tu...kalau duk dekat2 tak terasa pon...huhuhu...betul lah pepatah dahulu kala...


dekat bau tahi...jauh bau bunga...ehehe




Selasa, 08 April 2008

peRisTiwa Slepas UmO 20 Thn...~~`=(




hari ini adalah hari pertama dalam minggu exam bagi blok neurosciense....usai solat subuh aku berdoa kepada Yang berkuasa...agar segala usaha aku berbaloi untuk menghadapi exam kali ini...exam kali ini diadakan di kampus Satu UKRIDA....so perjalanan lama lah sket daripada biasa.....mula-mula tak nak tengok buku dah...tenangkan fikiran ...tapi bila tengok mmber yang lain pakat baca buku....tak boleh jadi ni...kne gak study sket...manalah tau saat-saat terakhir ade yang terkeluar...hehehe....exam mula dengan exam fizik terus biokimia terus anatomy....tak ada break....memang giler...tu baru salah satu daripada banyak- banyak kelainan sistem pemeriksaan di universitas ini....tengah jawab-jawab soalan....pengawas berkata...." siapa yang udah siap bisa angkat tangan....kumpulin....".....selain itu....ada lagi....tengah syok-syok jawab soalan....ada lagi suara yang mengganggu...." siapa yang belum absent( tanda kehadiran )....unjuk tangannya.."....danak boleh yang tahan...." ayuh cepat....cepat....udah kamu...?.." itu adalah beberapa anasir- anasir yang mengganggu aku ketika jawab soalan....sepanjang 3 paper tanpa gap.....


yang paling membuatkan aku...speechless...tak terkata seperti menikmati ferrero roche..ialah soalan anatomy...perrrrrrghhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!...

aku terasa seperti memerlukan dadu untuk mencari jawapan....penat-penat aku tdo 3 jam semalam tapi tak de soalan pun yang keluar dari buku modul...nak dikatakan bolehlah 100% soalan ambil dari bku tiktan...yaitu buku tambahan neuroscience yang diberi pada minggu terakhir sebelum exam...ayat dahlah bersaster hikayat puteri gunung ledang....membuatkan aku seperti membaca novel saraf......adoiii..!!!!! fenin....kepala aku..



namun aku bertawakkal kepada Allah....kerana walaupun dalam keadaan begini aku tahu ada lagi tempat untuk mengadu....kalau mengadu kat abah n mak...mesti berjuraian air mata...sebab rasa memang tak boleh buat....huhuhuhu.....sedih tahap ghaban nih...tapi nak buat cam mana....at least aku berusaha....sekarang hanya doa dan keajaiban yang aku harapkan dari tuhan...manalah tahu....apa yang aku tembak tu jawapan yang betul....patutlah ada je tak sampai jadi doktor....dah giler...baru sekarang aku rasakan....macam mana susahnya...tapi insyaAllah tak giler ...selagi tuhan bersama-sama kita....aaamiiinnnnnn....




persoalan nya.....



pertama,..kenapa lah UKRIDA universitas 'tersayang' aku tu exam xdak gap...adakah sume universitas di indonesia seperti itu....adakah dosen ( lecture) nak balik cepat...anak menangis kat umah ker.??



kedua....kenapa lah susunan masa dan jadual tak sistematik....buku nota...dah nak terakhir baru nak bagi suruh baca....kalau sket tak ape lah...tapi,.....




ketiga..adakah pihak UKRIDA sengaja mahu mengaut keuntungan...buat soalan yang memang akan menggagalkan pelajar...melainkan soalan bocor dan student tu memang genius...baca sekali dah faham satu buku...then..sebab bila ramai yang gagal ..kne lah buat expand....dan expand kene lah bayar bagi setiap paper....?




keempat...kalau lah tiap-tiap tahun macam ni...UKRIDA memang dah kaya...tapi mana pergi duit-duit tuh semua...hospital tak siap-siap...tapak dah ada...satu batu pun tak susun lagi...kasihan orang-orang cari makan...buat warung kecil dekat tapak tersebut...tapi sekarang dah dihancurkan...yang tinggal tapak dan kawasan yang penuh dengan rumput-rumput...tak lama lagi jadi hutan simpanan lah....




kelima....wajarkah aku mengadu kepada pihak MARA....tentang UKRIDA ni..?..tapi tak tahu lah nak buat ayat dan berkata-berkata....kalau tersilap kata...boleh jadi kene band aku nanti....x boleh menggunakan perkhidmatan UKRIDA....huhuhu...



keenam...harap- harap semua dosen dan pihak UKRIDA tidak memikirkan wang semata-mata tetapi memikirkan masa depan , kebajikan pelajar dan usaha pelajar untuk berjaya..mengajarlah setulus hati...demi masa depan negara....hargailah kepercayaan negara tetanggamu yang sudi menghantar pelajarnya ke universitas kamu...



ketujuh......


dan kalau aku yang salah dalam situasi ini...maafkan lah aku as mahasiswa UKRIDA...mungkin aku yang kurang berusaha....

p/s : tak tau lah apakah ada lagi cara yang lain...mungkin ada....hanya berdoa dan mengharapkan keajaiban dari Tuhan....aamiinnnn....tapi siapalah aku ...hamba yang penuh noda...=(

Sabtu, 05 April 2008

IsnPiraTion`s ResOurCes...


salam....kepada semua pembaca....tiba-tiba terdetik hati untuk menulis tentang inspirasi....inspirasi merupakan suatu sumber yang boleh membangkitkan semangat kita....tak kira apa jenis inspirasi itu....ada juga kita menganggap kata-kata dan nasihat keluaga merupakan suatu inspirasi yang boleh' trigger 'motivasi yang positif dalam diri kita...dan ada juga antara kita menganggap kekasih sebagai sumber inspirasi....itu tak kisah lah...terpulang hak individu masing-masing...yang penting sumber inspirasi itu membawa kita ke arah yang positif dan menjadikan diri kita lebih baik....


inspirasi memang berkait rapat dengan motivasi ...kerana dengan adanya inspirasi boleh terbit motivasi dalam diri...tapi motivasi yang datangnya dari inspirasi belum tentu kekal kerana motivasi itu datangnya dari pihak luar ....bukan dari motivasi dalam diri...kerana itu kita seharusnya selalu atau mencuba untuk memotivasi diri kita sendiri...aku sendiri telah mengalaminya....mendapat sumber inspirasi dari luar...namun apabila sumber inspirasi sudah tiada di depan mata...seolah-olah hari-hari yang aku lalui kurang sempurna dan kurang bersemangat..kerna itu aku cuba mencari sesuatu yang boleh membangkitkan motivasi dari dalam...kalau tak macam mana nak hidup kat indonesia ni....walaupun 2 jam jer naik flight balik malaysia...tapi kira jauh lah jugak...


di bawah ini ada beberapa ayat yang mungkin boleh membangkitkan semangat kita terutamanya dalam mencari ilmu...sama-sama lah kita mencuba memahami dan merenung setiap bait-bait perkataan itu...insya Allah.....



Islamic Motivation: Inspiring Quotes
1) Never expect things to happen, struggle and make them happen. Never expect yourself to be given a good value, create a value of your own.

2) If a drop of water falls in lake there is no identity. But if it falls on a leaf of lotus it shines like a pearl. So choose the best place where you would shine.

3) Falling down is not defeat, real defeat is when you are refusing to get up.
4) Ship is always safe at shore, but it is not built for it.

5) When you are successful your well-wishers know who you are, but when you are unsuccessful you know who your well-wishers are.

6) Never take some one for granted, hold every person close to your Heart because you might wake up one day and realize that you have lost a diamond while you were too busy collecting stones.

7) The fragrance of flowers spreads only in the direction of the wind. But the goodness of a person spreads in all directions!

8) Knowledge is like a fruit. When a fruit grows on a branch of a tree, its weight causes that branch to bend and bow. Similarly, when knowledge increases in a person, it causes him to become humble and not Mutakabbir (proud and boastful).

9) Under the shade there is always darkness.



The need to judge: Inspirational Quotations

Your ability to make judgments can serve you well. It can also cause a lot of needless trouble, anxiety, and pain. Stop making judgments about the things that don't matter. And you'll free yourself to focus on the things that do.


Imagine a world in which there was nothing to annoy you. When you let go of the constant need to judge, the annoyances drop quickly away.


Many times judgment can be replaced with understanding. And by truly seeking to understand others, you will yourself be far better understood.


Certainly there are times when a judgment is necessary and appropriate. Your judgment at such times can be much more powerful and effective when you haven't wasted it on things that don't matter.


Use your judgment wisely. And just as wisely, give it a rest.


Ready or not, some day it will all come to an end: Inspiring Quotes


There will be no more sunrises, no minutes, hours or days. All the things you collected, whether treasured or forgotten, will pass to someone else. Your wealth, fame and temporal power will shrivel to irrelevance. It will not matter what you owned or what you were owed. Your grudges, resentments, frustrations, and jealousies will finally disappear.


So, too, your hopes, ambitions, plans, and to-do lists will expire. The wins and losses that once seemed so important will fade away. It won't matter where you came from, or on what side of the tracks you lived, at the end. It won't matter whether you were beautiful or brilliant.
Even your gender and skin color will be irrelevant.


So what will matter? How will the value of your days be measured?
What will matter is not what you bought, but what you built; not what you got, but what you gave. What will matter is not your success, but your significance. What will matter is not what you learned, but what you taught. What will matter is every act of integrity, compassion, courage or sacrifice that enriched, empowered or encouraged others to emulate your example.
What will matter is not your competence, but your character. What will matter is not how many people you knew, but how many will feel a lasting loss when you're gone. What will matter are not your memories, but the memories that live in those who loved you. What will matter is how long you will be remembered, by whom and for what.


Living a life that matters doesn't happen by accident. It's not a matter of circumstance but of choice.
Choose to live a life that matters.
"We make a living by what we get; we make a life by what we give". ©2003 Michael Josephson


Lessons of life: Inspirational Quotations


Every situation is a lesson to be learned. From the most mundane chores to the most complex projects, life is always ready to teach you something.
Life is ready to teach when you are willing to learn. And the more you learn from what life offers, the better life becomes.


The lessons are usually not all that obvious. Yet they are there if you will think to take a look.

The lessons are there in every moment, in every dilemma, in every frustration and every joy.

They are there in every sadness, every victory, every discomfort and every pleasure.


Each lesson you learn paves the way for a new and even more valuable one. Each lesson you ignore keeps coming back, again and again.


One way or another, life will teach you its lessons. When you're a willing student, those lessons are pure gold.



No matter what: Inspirational Quotations

Whether the day is gray or whether it is sunny, you can make a difference. If others support you or if they conspire to stand in your way, you can make a difference.

If you have plenty of resources available to you or if you have very few, you can make a difference. If momentum is on your side or if it is not, you can make a difference.

You can wait and hope for things to go your way. Or you can get busy and make it happen.

You can complain that life has been terribly unfair. Or you can move ahead anyway and achieve what you intend, no matter what the obstacles may be.

You can plead with others to give you a break. Or you can go ahead and forge your own path to success.

Wherever you may be, whatever may have happened, you can make a positive difference. Live with commitment, decide to move forward no matter what, and you will.



Relationships: Inspiring Quotes

People come into your life for a reason, a season or a lifetime. When you know which one it is, you will know what to do for that person.

When someone is in your life for a REASON, it is usually to meet a need you have expressed.
They have come to assist you through a difficulty, to provide you with guidance and support, to aid you physically, emotionally or spiritually. They may seem like a godsend and they are. They are there for the reason you need them to be. Then, without any wrongdoing on your part or at an inconvenient time, this person will say or do something to bring the relationship to an end.
Sometimes they die. Sometimes they walk away. Some times they act up and force you to take a stand. What we must realize is that our need has been met, our desire fulfilled, their work is
done. The prayer you sent up has been answered and now it is time to move on.

Some people come into your life for a SEASON, because your turn has come to share, grow or learn. They bring you an experience of peace or make you laugh. They may teach you something you have never done. They usually give you an unbelievable amount of joy. Believe it, it is real. But only for a season!


LIFETIME relationships teach you lifetime lessons, things you must build upon in order to have a solid emotional foundation. Your job is to accept the lesson, love the person and put what you have learned to use in all other relationships and areas of your life. It is said that love is blind but friendship is clairvoyant.
Thank you for being a part of my life, whether you were a reason, a season or a lifetime.


cuKupKah PerSedianKU..??!!

sempat ker ni....??!!...dah berapa ari aku ponteng wat blog...kali ini lepasan segalanye malalui blog...yess!!...( act xde laaa semua pun ...)...
exam start hari rabu....3 subject skali gus....perrghhh!!.....insya Allah boleh kot.....cukup kah persedianku selama beberapa hari lewat ni....rasanya dah stay up pun x ckup....tp subject Dr Mirza dh ok sket....skang tinggal anatomy...., biokimia, patologi, fizik pun ada.....nasib bek laaa juz simple fizik je....tp x tau lagi leh jawab ke x...huhuhu....aku harap dengan berkat perubahan ke atas diri aku... pengorbanan waktu tidur ( cewah...hehe...), dapatlah meningkat sket result kali ini....aaamiiinnn.....

Sabtu, 29 Maret 2008

HiMpunaN DoA-Doa PeLajaR...

Assalamualaikum kepada teman-teman sekalian....

kali ini aku cuba melampirkan beberapa doa-doa ketika belajar yang boleh dijadikan amalan kita bersama....semoga ilmu yang kita pelajari mudah difahami , dimengerti dan berkekalan...

1. surah al-fatihah- doa pembuka segala urusan( nasihat dari ustaz Syed Abdillah Al-Jufri)




2. SURAH AL ‘ALAK (Ayat 1 – 5) - Anak kunci segala ilmu
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)





3. SURAH ASY-SYARH – Untuk melapangkan and melegakan hati
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri dan Ustaz T.M. Fouzy Jumat)




4. SELAWAT NABI S.A.W – Doa terang hati
Dibaca 11 kali dikala hendak ke sekolah.
(Nasihat dari Allahyarham Habib Muhammad Bin Saleem Al Atas dan Allahyarham Syed Abdullah Assogoff)


5. SELAWAT NABI S.A.W. – Doa terang hati

“Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad hambamu dan pesuruhmu yang ummi dan di atas keluarga dan sahabat baginda semuanya.”

(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat)


6. SELAWAT NABI S.A.W – Pembuka pintu hati “Kesejahteraan kemuliaan seluruh bulan sekelilinginya beribu-ribu di atas junjugan pesuruh yang amat tinggi.

Ya Allah Ya Allah. Wahai Pembuka segala ilmu. Wahai Yang Maha Mengetahui segala ilmu. Ya Allah engkau bukakanlah pintu hati kami dengan pembukaan yang sepenuhnya.”

(Nasihat oleh Ustaz T.M. Fouzy Jumat)


7. WIRID SUPAYA ALLAH REDHA DENGAN USAHA KITA

Mudah-mudahan tidak menjadi seorang muslim professional yang munafiq, tidak terikut-ikut sikap orang Nasrani dan Yahudi (Nasihat dari Prof. Ustaz Hashim Yahya, Mufti Selangor)



Radiitu billahi rabba, wabii islaami diina, wabi muhammadin sallallaahu ‘alaihi wasallaam nabiyan wa rasulla.

Telah bersabda Rasul: Barangsiapa yang berkata ketika petang (zikir yang tersebut) Allah tetap akan meredhakannya (Riwayat Tarmizi)

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)

8. 8. DO’A MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL
Allahummarzuqna ya Rabbi fahman-nabiyin, wa-hifzal-mursalin, wa-ilhamal-mala-ikatil-muqarrabin fi-afiatin ya

“Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabidan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.”

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)


9. DOA SUPAYA MENJADI PAKAR TENTANG SESUATU PERKARA
Allahummaftah ‘alaya futuuhal ‘arifiin. Wa faqqihni fiiddiin.
“Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang yang arif. Fahamkan aku perkara agama ku.”


10. 10. DO’A MENDAPAT ILHAM ATAU IDEA YANG BAIK

Allahumma alhimni rusydii wa a’idznii min syarri nafsi.

“Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.”

11. DO’A KETIKA HENDAK BERSYARAH ATAU BERBAHAS


Rabbisy rahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatan min lisani yafqahu qauli.

“Ya Allah! Lapangkanlah dadaku, mudahkanlah pekerjaanku (urusanku) dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku.”


12. DO’A MOHON DITAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN


Rabbi zidnii ‘ilman warzuqni fahman

“Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman (pengertian yang baik dan fahaman).




13. WIRID UNTUK MENDAPAT ILMU DENGAN HIKMAH
Ya ‘Aliimu Ilman Hikmah

“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui Ilmu Yang Berhikmah”




14. WIRID UNTUK PELAJAR

Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk, ilmu, kepakaran yang nyata.


Ya Haadii Ya “Aliimu Ya Khabiru Ya Mubiin.



“Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, Wahai Tuhan Yang Maha Waspada Wahai Tuhan Yang Nyata”

15.Wirid ini adalah sebahagian dari wirid susunan Ahmad Asrory Al Ishaqy.

Ya ‘Aliimu Allimni Hikmah

“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, ajarkanlah aku hikmah”.

(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat)



16. DOA KETIKA KEGELAPAN FIKIRAN (mental block)

Dibaca sewaktu menduduki peperiksaan

Ya Haadi, ihdinii.

“Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku”

Imam Ahmad bin Ali Albunni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, kita baca doa tersebut, insya-Allah seketika itu juga kita akan memperoleh petunjuk. Boleh juga dibaca seketika sesat jalan.





17. WIRID UNTUK MENJADI BIJAK PANDAI
Ya Rasyidu – Dibaca sebanyak mungkin selepas solat






“Wahai Tuhan Yang Maha Pandai”

Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakat masing-masing, eloklah bermohon kepada Allah dengan berulangkali berzikir kalimah di atas sebanyak mungkin, semoga akan berjaya.

18. WIRID UNTUK “MELIHAT” YANG DI RAHSIAKAN

Alaa Ya’lamu Man Khalaq Wahuwal Lathiiful Khabiir

“Tidakkah Dia mengetahui apa yang Dia ciptakan, sedangkan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui”.

Jika dibaca 9 kali ketika hendak tidur dan beristiqamah dengannya, insya-Allah ia akan bermimpi dan melihat dalam tidurnya akan sesuatu yang dikehendakinya. Jika diamalkan selalu insya-Allah akan didorongkan untuk belajar perkara yang akan disoalkan dalam sesuatu peperiksaan. Boleh juga dibaca ketika mengalami suatu masalah dalam pelajaran atau projek.



AdaKah iNi SuaTu PeRubaHAn PosiTif....?.

Alhamdulillah....hari ini aku boleh lagi menulis untuk sebagai isi dalam blog....kali ini aku menukar penggunaan kata ganti diri pertama dari saya kepada aku...supaya xde lah janggal sangat dan rasa lebih dekat dengan pembaca( kalau ada orang nk baca..)...bermula dengan semalam aku cuba melakukan suatu perubahan dalam diri aku ...dan aku harap perubahan ini adalah suatu tindakan yang positif...hmmm...semuanya untuk meningkatkan prestasi diri...

Blok lepas biarlah lepas....tak nk pkir lagi...aku harap perubahan ini blum terlambat lagi...aku tahu sebagai mahasiswa kedoktoran...banyak benda perlu dipelajari, difahami, dan dihafali....kalau tak hafal bukan pelajar kedoktoran lah....oleh itu aku telah mencuba untuk berkorban waktu tidur aku untuk belajar....rasanya bukan sepertiga malam saja untuk belajar...kene lah lebih lagi kalau nak berjaya...( adoiii,,....)....

nak buat macam mana..ini jalan yang aku pilih...tak boleh lah kata nak menyesal plak...langkah pertama ialah menukar waktu tidur....selalu tidor lambat bangun pun lambat...skang kenelah tido kul 8 mlm bangun kul 12- 12 stengah malam...huhuhu....nak tak nak knelah pluss kopi ker...indocafe ker...dan sewaktu dengannya...kalau tak...alamatnya tersengguk-sengguk lah aku dalam kelas...tapi percobaan pertama aku berjaya setakat ini.....aku berharap agar perkara ini berterusan....

namun aku berfikir juga....kalau minum air kopi ker atau minuman berkafein akan menimbulkan penyakit lain...ini satu masalah juga....hmm...rasanya kenelah amik supplement lain lagi...takut juga makan ubat....terutama ubat-ubat dari bahan kimia....tak pasal-pasal kene penyakit hati....hmmm...sebenarnya...apakah langkah terbaik...untuk menyelesaikan masalah ini...yang boleh aku lakukan setakat ini adalah perubahan diri sendiri sahaja...tak mungkin aku boleh mengubah cara dosen ( pensyarah dalam bahasa indonesia) mengajar....kalau dah tanya pun tak catch up...kenelah berusaha sendiri....

kalau ketika di matrik dulu aku boleh tidur 4-5 jam satu hari...tak kan kali ini tak boleh...kalau aku boleh manage time aku masa kat matrik dengan baik tak kan kt sini tak boleh...kalau aku boleh cemerlang ketika di matrik tak kan di UKRIDA tak boleh....kalau aku boleh riadah petang-petang tapi tak ganggu masa study tak kan kat sini tak boleh...kalau aku boleh kurus kat matrik tak kan kat sini tak boleh...hehehe...aku harap apa yang aku lakukan di matrik ....boleh dipraktikkan di UKRIDA...aminnn...

aku teringin juga merasa semula zaman kegemilangan aku ketika di matrik....sebab itu masa-masa di matriklah masa paling best...walaupun hanya sebentar...dan waktu yang sangat sangat pack...tapi aku boleh je handle....dan banyak kenangan manis ketika di matrik terutamanya bersama teman-teman dan seseorang yang menjadi inspirasi aku untuk berjaya...di UKRIDA walaupun tanpa dia...hmm...xpelah...cukup lah dari motivasi dalaman dan sokongan teman-teman , ibu ayah dan sanak saudara yang menjadi kekuatan aku selama ini...tidak lupa juga doa terhadap Allah....yang boleh menghilangkan tekanan , masalah aku selama ini...


setakat ini sahaja....luahan hati aku...wasalam..

Rabu, 26 Maret 2008

pErLukaH KitA MenILai ...??

Mendengar kedua-dua pendapat adalah lebih baik daripada mendengar dari sebelah pihak. sebagai orang luar kita tiada kuasa untuk mengadilii sesuatu yang kita tidak tahu...tanggungjawab memimpin bukan suatu yang mudah kerana selain kerja yang dinilaikan oleh orang-orang diluar sana....attitude juga menggambarkan personaliti diri sama ada baik atau sebaliknya...kalau cantik maka cantiklah orang menilainya...kalau buruk maka buruklah orang untuk menilainya...namun untuk menilai orang tidak boleh daripada pandangan pertama...seharusnya mengenali individu dengan lebih rapat...tetapi bukan bermakna lebih lama kita bersama lebih kita mengenalinya...kerana masa tidak menjanjikan kita untuk mengenali seseorang tersebut...lebih-lebih lagi kalau seseorang itu bersama dengan kita hanyalah penuh dengan kepura-puraan.....wasalam...

Minggu, 23 Maret 2008

CEMerlaNG denGAN memInGGIRkaN wAHAn DAN menjaDI GHURABA..

Kelmarin ketika FLAIR NITE diadakan biro API(agama dan pembangunan insan) telah mengedarkan risalah ....dan saya telah berkesempatan membacanyer.....risalah ini ada dua pertama dari Dr Danial bin Zainnal Abidin (M.B.Ch.Alexandria seorang pengarah urusan Danial Zainal COnsultancy (M) Sdn. Bhd. Kedua dari Dr Mohd Asri ( mufti kerajaan negeri perlis). Saya akan menyalin semula risalah yang pertama dahulu...dan sama-sana lah kita merenungkan kembali nasib kita sebagai umat islam d zaman yang serba moden...

ya, islam akan bersinar semula di muka bumi walaupun bumi cuba dihalangi oleh musuh-musuhnya. Allah berfirman di dalam surah As- Saff ayat 8, "Mereka hendak memadam cahaya agama Allah dengan mulut mereka. Allah tetap akan menyempurnakan cahaya agamaNya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.

Tidak dapat dinafikan secara umumnya kualiti umat islam berada ditahap amat rendah pada hari ini. Di antara sebabnya ialah wabak wahan yang sedang menyerang umat islam sejagat. Wabak ini menyerang hati umat islam, melemah dan merosakkannya sehingga mereka kehilangantaring dan kehebatannya. Secara dasarnya, mereka yang cintakan dunia akan menjadi hambanya. Mereka yang menjadi hambanya akan melupakan tugas-tugas pengabdian kepada Allah. Mereka yang melupakan Allah terpaksa melupakan rahmat dan nikmatnya.

Mereka yang seperti ini akan diporak-perandakan oleh musuh-musuh secara mudah. berhubung dengan ini Nabi bersabda, " hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengurumuni suatu hidangan.." Berkata seorang sahabat, " Adakah lantaran jumlah kita yang sedikit,?" Nabi menjawab " tidak, sebaliknya kamu ramai tetapi kamu seperti buih-buih ketika berlaku banjir. Allah mencabut rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu. " sahabat-sahabat bertanya, "Apakah dia wahan,?" bersabda Nabi ," cintakan dunia dan takutkan mati. " hadis ini diriwayat oleh imam Abu Daud.

Sahabat-sahabat nabi merupakan contoh yang terbaik tentang golongan yang berjaya. Mereka tidak mencintai dunia, justeru mereka menguasainya. Kecintaan mereka dihadapkan kepadA akhirat dan bagi mereka dunia hanyalah tempat mencari bekalan persis musafir di dalam perjalanan. Mereka memahami dan menghayati sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud , " jadilah kamu di dunia seperti oarang musafir ataupun seorang yang sedang melalui suatu jalan ," .

Cinta terhadap dunia perlu digantikan dengan cinta terhadap Allah tanpa mengabdikan dunia. Kecintaan terhadap Allah akan melahirkan perasaan cinta terhadap akhirat dan ia mempunyai menifestinya. Di antara manifestinya ialah bereni melawan arus kesesatan dan kemungkaran yang melanda. Mereka yang seperti ini merupakan Ashabul Kahfi di akhir zaman. Mereka yang seperti ini merupakan Ghuraba berdasarkan sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang bermaksud, " Islam bermula asing dan ia akan kembali asing seperti permulaanya, maka bahagialah golongan Ghuraba. " Sahabat nabi bertanya kepada Baginda, " Siapakah Ghuraba ya Rasulullah ?" Baginda bersabda , " Mereka ialah golongan yang memperbaiki keadaan yang dirosakkan oleh manusia.

Memperbaiki sesuatu yang rosak bukanlah suatu yang mudah apatah lagi jika kerosakkannya sudah begitu teruk. Namun itulah tugas-tugas wajib dilaksanakan oleh mereka yang cintakan agama kerana kemuliaan mereka terletak di situ.Justeru ilmu yang mantap lahi sahih amat diperlukan agar perbaikan yang diperlukan dapat dilakukan dengan baik. Usaha perbaikan yang paling penting ialah mengislahkan manusia terutamanya kefahaman mereka. Berhubung dengan ini, Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud, " manusia adalah laksana lombong emas dan perak, mereka yang terbaik di zaman jahiliah mereka juga lah yang terbaik di dalam Islam apabila mereka memiliki kefahaman dalam agama."

JADI sama-samalah kita menghayati setiap bait- bait perkataan di atas. Diharap dengan menghayatinya dapat merubah diri kita ke arah yang lebih baik.

Pertama Kali

Tanpa disangka-sangka saya telah terterjun ke dunia blogging.....keinginan membuat blog muncul apabila beberapa hari lepas saya telah viewed satu blog teman yang saya baru sahaja kenal.....berkongsi pendapat dan pengalaman adalh sesuatu yang saya sukai.....

saya fikir dia adalah pelajar universiti al azhar....sebab saya viewed blognya dari blog universiti al-azhar...tapi bukan....ape pn tak kisah laa.....melalui dia lah saya belajar membuat blog....ape pun ...terima kasih ye huzaifah....hehehe...ape-ape yang tak faham boleh laa tanye nanti...tadi pagi saya dan teman-teman menghadiri tarbiyah khusus untuk pelajar malaysia di indonesia......tarbiyah ini kalau tak silap sudah yang ke 7 kali.....

kalau lah saya dah tahu lama pasal blogging ni...tentu dah banyak benda saya kongsi dengan pembaca sekalian.....tapi tak mengapa....minggu-minggu seterusnya pasti ada yang bakal dikongsi...tarbiyah pada pagi ini berkisahkan tentang kehidupan di dunia yang sementara dan kehidupan di akhirat yang kekal..sesungguhnya banyak di antara kita yang memilih dunia daripada akhirat....tapi tak bermaksud kita hanya duduk diatas sejadah sambil memegang tasbih dan tidak bersosial.....islam tidak memaksudkan begitu....sebaliknya kita harus seimbang pada kedua-duanya.....kalau tidak kenapa ada hadis mengatakan beribadat la kamu seolah-olah esok kamu akan mati....dan berkerja lah kamu seolah kamu hidup 1000 tahun lagi.....dan islam juga menekankan aspek fardhu ain dan fardhu kifayah....fardhu kifayah ini contohnya menuntut ilmu...tak kisahlah ilmu tentang apa pun...yang penting tak lari daripada syarak...

namun....seperti kata guru yang mentarbiyah kami....kehidupan didunia memang tiada kepuasan....dan kegembiran yang hanya sementara....contohnya...ketika UPSR kita dapat keputusan yang baik....kita suka ...buat kenduri dan segala macam.....tapi sekejap sahaja....kena usaha lagi...PMR....dapat result cantik...suka sebab dapat masuk MRSM idaman hati......selepas tu SPM....matrik dan sehingga masuk ke dunia universiti....dan kerja....tapi kalau kehidupan di akhirat kegembiraan yang selama-lamanya walaupun kita tak merasakan sekarang....namun cara untuk merasa kegembiraan dan ketenangan adalah beribadat kepada Allah...berdoa dan berzikir..... itulah kunci ketenangan....seperti saya....saya adalah pelajar perubatan di indonesia..........kalau tidak betul-betul memang boleh gila dan stress.....dengan berdoa dan mengadu kepada Allah saya menjadi tenang...saya ingat lagi....ketika menghadiri tarbiyah Pak Romi...yaitu lecture fizik dan juga ustaz pernah mengatakan....umat islam tak boleh stress....kerana kita boleh berdoa dan mengadu kepada Yang maha kuasa....kerana setiap masalah dan penyelesaian adalah datang daripada Dia...maka dengan cara berdoa dan mendekati diri kepada -Nya akan menjadikan diri tenang......

kata-kata beliau saya pegang sampai sekarang.....sesungguhnya saya juga manusia yang lemah dan jahil....yang berada dalam zonna perubahan...ketika saya memberitahu teman-teman saya juga mengingatkan diri saya.....telinga saya lebih dekat dengan hati dan mulut saya sendiri....berbanding kalian....semoga apa yang bakal dikongsi ini dapat memberi perubahan kepada diri kita sendiri .....akhir kata ..selamat maju jaya....

jaLAn-JAlaN P.. PuNcaK


pada tangal 21 mac..exco agama Pembangunan Insan dibawah UMSA (United Malaysian Student Assosiation) telah membuat suatu aktiviti rihlah di Puncak yang terletak di Bogor Indonesia. Aktiviti ini dibuat adalah untuk release tension setelah memerah otak sewaktu exam yang lalu disamping merapatkan silaturahim antara senior-junior sambil beribadat...
aktiviti ini adalah julung kali diadakan berjalan-jalan diluar kota Jakarta antara senior-junior.



suasana di jalan raya ketika perjalana ke Puncak








pada jam 8 setengah pagi kami pun bertolak dengan menggunakan perkhidmatan dua buah bas.perjalanan menjadi lebih lama kerana jalan yang sesak. namun ketika menghadapi kesesakan dan kepanasan beberapa perkara telah membuat saya sedar dan terfikir.....
sepanjang perjalanan ke Puncak saya telah melihat bebrapa orang mencari rezeki dalam kesesakan



kenderaankendaraan....kebanyakan mereka menjual gorengan dan makanan ringan....saya tahu walaupun pulangannya tak seberapa namun saya amat kagum atas usaha mereka yang sanggup berpanas berpeluh ditengah-tengah kesesakan tersebut...dan saya percaya rezeki Allah ada dimana-mana...asalkan kita sanggup berusaha untuk mendapatkannya...


namun saya juga kasihan terhadap peminta sedekah tersebut...kebanyakan mereka adalah golongan kurang upaya dan ada juga berpenyakit. pada pemikiran saya... kesempitan hidup dan kekurangan dana memaksa mereka meminta sedekah....tetapi saya juga terfikir tidakkah ada orang atau agensi-agensi yang sudi mengeluaran dana untuk membantu orang-orang seperti itu...atau ada agensi haram yang memaksa mereka menjadi pengemis dan hasilnya diambil oleh agensi haram tersebut... sesungguhnya rezeki memang datangya dari Allah namun kita seharusnya berusaha sesuai dengan surah al-`ankabut ayat 60 ," dan berapa banyakyang tidak dapat mengurus rezekinya sendiri, Allah lah yang memberi rezeki kepada-Nya dan kepadamu dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

perjalanan diteruskan...dan suasana Puncak semakin terasa kerana angin sejuk mula menghembus dan terasa dipipi. kelihatan gunung-gunung ditutupi awan di sepanjang perjalanan kami....betapa indahnya ciptaan Allah..


sesuai dengan ayat yang ke-29 dari surah albaqarah menyatakan " dialah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan dialah berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. dan Dia maha mengetahui sesuatu...

kami menginap di sebuah villa yang agak besar..boleh lah memuatkan kami sebanyak 35 peserta..peserta lelaki di tingkat bawah manakal peserta perempuan di tingkat atas...
usai solat zohor jamak dan qasar secara berjamaah kami menikmati makanan tengah hari ...kemudian kami diminta berkumpul untuk melakukan aktiviti riadah...
aktiviti riadah dijalankan mengikut kumpulan...
inti dari aktiviti ini adalah...berkerjasama...cekap...dan berkorban antara satu sama lain...selepas itu kami menjalani aktiviti yang kedua yaitu flying fox. Untuk menuju tempat tersebut kami dikehendaki berjalan kaki sejauh 2 km....cuaca tidak begitu baik...hujan renyai-renyai mula membasahu bumi..yasa sejak dari dulu memang kepingin aktiviti seperti ini..hehe...namun bila giliran saya rasa gemuruh pulak...tali flying fox itu dipakai sendiri sambil diajar oleh komander tersebut..saya fikir saya seorang yang berani dan tidak gayat..tapi bila sudah sampai atas pokok...tiba-tiba kaki menggigil..mungkin disebabkan asid laktik yang terkumpul di otot kaki pluss gemuruh,...setelah memanjat pokok menggunakan tangga yang tidak berapa kukuh...tercungap-cungap juga saya...huhu.....agak lama juga baru saya melompat dan terus menghayun badan hingga ke hujung pokok yang satu lagi....perrghhhhhhhh.....alhamdulillah saya masih hidup... mengingat kepada kematian terdapat ayat 57 dari surah al- `ankabut yang menyatakan "tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. kemudian hanya pada Kami kamu dikembalikan.

pada malamnya..kami menonton video Ustaz dr, Asri mufti kerajaan perlis...sempena maulud nabi..video itu berkisarkan tentang Alquran dan hadis...dimana kedua-duanya adalah sumber rujulan utama bagi uma islam...dan dalam Alquran itu sendiri ada menyatakan ....





ayat yang ke-7 surah saba` yang berbunyi...'demikian Kami wahyukan kepadamu al Quran dalam bahasa arab supaya kamu memberi peringatan kepada ummul Qura (penduduk mekah) dan pemduduk sekitarnya(penduduk seluruh dunia) serta memberi peringatan pula tentang hari berkumpul(kiamat) yang tiada keraguan padanya. segolongan masuk syurga segolongan masuk neraka.

usai menonton video itu kami sama-sama menikmati jagung dan ayam bakar yang dibuat oleh senior kami....dan kami junior termasuk senior perempuan... tolong makan jelaaa...hehehe...
pada jam 4 setengah pagi kami kami melakukan qiamullail berjamaah...terus solat subuh...selepas itu kmi meneruskan aktiviti terakhir yaitu mendaki gunung ke air terjun Puncak....perjalanan yang sangat mencabar mental dan fizikal...sangat memenatkan....dan sambil itu kamu menikmati suasana kampung , pemandangan yang indah dan udara yang nyaman...betapa luasnya bumi Allah ini...








sesuai dengan ayat yang ke56 dari surah al- `ankabut menyatakan " hai hamba-hamba-Ku yang beriman sesungguhnya bumi-Ku luas, maka sembahlah Aku sahaja".

air terjun Puncak sangat sejuk seperti air batu...kaki saya hampir kejang kerana kesejukan..kami mengambil kesempatan bergambar dan bermain air..setelah itu kami pun pulang dan mengemas barang-barang untuk kembali ke kota Jakarta semula..........

sesungguhnya cara menambah keimanan terhadap Allah adalah dengan merenung ciptaan Allah..dan orang yang berfikir ini adalah orang yang berakal sesuai dengan surah al-imran ayat190 berbunyi, "sesungguhnya dalam pernciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda orang yang berakal "...