my page

Sabtu, 29 Maret 2008

HiMpunaN DoA-Doa PeLajaR...

Assalamualaikum kepada teman-teman sekalian....

kali ini aku cuba melampirkan beberapa doa-doa ketika belajar yang boleh dijadikan amalan kita bersama....semoga ilmu yang kita pelajari mudah difahami , dimengerti dan berkekalan...

1. surah al-fatihah- doa pembuka segala urusan( nasihat dari ustaz Syed Abdillah Al-Jufri)




2. SURAH AL ‘ALAK (Ayat 1 – 5) - Anak kunci segala ilmu
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)





3. SURAH ASY-SYARH – Untuk melapangkan and melegakan hati
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri dan Ustaz T.M. Fouzy Jumat)




4. SELAWAT NABI S.A.W – Doa terang hati
Dibaca 11 kali dikala hendak ke sekolah.
(Nasihat dari Allahyarham Habib Muhammad Bin Saleem Al Atas dan Allahyarham Syed Abdullah Assogoff)


5. SELAWAT NABI S.A.W. – Doa terang hati

“Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad hambamu dan pesuruhmu yang ummi dan di atas keluarga dan sahabat baginda semuanya.”

(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat)


6. SELAWAT NABI S.A.W – Pembuka pintu hati “Kesejahteraan kemuliaan seluruh bulan sekelilinginya beribu-ribu di atas junjugan pesuruh yang amat tinggi.

Ya Allah Ya Allah. Wahai Pembuka segala ilmu. Wahai Yang Maha Mengetahui segala ilmu. Ya Allah engkau bukakanlah pintu hati kami dengan pembukaan yang sepenuhnya.”

(Nasihat oleh Ustaz T.M. Fouzy Jumat)


7. WIRID SUPAYA ALLAH REDHA DENGAN USAHA KITA

Mudah-mudahan tidak menjadi seorang muslim professional yang munafiq, tidak terikut-ikut sikap orang Nasrani dan Yahudi (Nasihat dari Prof. Ustaz Hashim Yahya, Mufti Selangor)



Radiitu billahi rabba, wabii islaami diina, wabi muhammadin sallallaahu ‘alaihi wasallaam nabiyan wa rasulla.

Telah bersabda Rasul: Barangsiapa yang berkata ketika petang (zikir yang tersebut) Allah tetap akan meredhakannya (Riwayat Tarmizi)

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)

8. 8. DO’A MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL
Allahummarzuqna ya Rabbi fahman-nabiyin, wa-hifzal-mursalin, wa-ilhamal-mala-ikatil-muqarrabin fi-afiatin ya

“Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabidan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.”

(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)


9. DOA SUPAYA MENJADI PAKAR TENTANG SESUATU PERKARA
Allahummaftah ‘alaya futuuhal ‘arifiin. Wa faqqihni fiiddiin.
“Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang yang arif. Fahamkan aku perkara agama ku.”


10. 10. DO’A MENDAPAT ILHAM ATAU IDEA YANG BAIK

Allahumma alhimni rusydii wa a’idznii min syarri nafsi.

“Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.”

11. DO’A KETIKA HENDAK BERSYARAH ATAU BERBAHAS


Rabbisy rahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatan min lisani yafqahu qauli.

“Ya Allah! Lapangkanlah dadaku, mudahkanlah pekerjaanku (urusanku) dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku.”


12. DO’A MOHON DITAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN


Rabbi zidnii ‘ilman warzuqni fahman

“Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman (pengertian yang baik dan fahaman).




13. WIRID UNTUK MENDAPAT ILMU DENGAN HIKMAH
Ya ‘Aliimu Ilman Hikmah

“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui Ilmu Yang Berhikmah”




14. WIRID UNTUK PELAJAR

Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk, ilmu, kepakaran yang nyata.


Ya Haadii Ya “Aliimu Ya Khabiru Ya Mubiin.



“Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, Wahai Tuhan Yang Maha Waspada Wahai Tuhan Yang Nyata”

15.Wirid ini adalah sebahagian dari wirid susunan Ahmad Asrory Al Ishaqy.

Ya ‘Aliimu Allimni Hikmah

“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, ajarkanlah aku hikmah”.

(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat)



16. DOA KETIKA KEGELAPAN FIKIRAN (mental block)

Dibaca sewaktu menduduki peperiksaan

Ya Haadi, ihdinii.

“Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku”

Imam Ahmad bin Ali Albunni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, kita baca doa tersebut, insya-Allah seketika itu juga kita akan memperoleh petunjuk. Boleh juga dibaca seketika sesat jalan.





17. WIRID UNTUK MENJADI BIJAK PANDAI
Ya Rasyidu – Dibaca sebanyak mungkin selepas solat






“Wahai Tuhan Yang Maha Pandai”

Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakat masing-masing, eloklah bermohon kepada Allah dengan berulangkali berzikir kalimah di atas sebanyak mungkin, semoga akan berjaya.

18. WIRID UNTUK “MELIHAT” YANG DI RAHSIAKAN

Alaa Ya’lamu Man Khalaq Wahuwal Lathiiful Khabiir

“Tidakkah Dia mengetahui apa yang Dia ciptakan, sedangkan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui”.

Jika dibaca 9 kali ketika hendak tidur dan beristiqamah dengannya, insya-Allah ia akan bermimpi dan melihat dalam tidurnya akan sesuatu yang dikehendakinya. Jika diamalkan selalu insya-Allah akan didorongkan untuk belajar perkara yang akan disoalkan dalam sesuatu peperiksaan. Boleh juga dibaca ketika mengalami suatu masalah dalam pelajaran atau projek.



32 komentar:

nor zalina mengatakan...

saya ingin meletakkan doa2 ini di blog saya untuk tatapan pelajar2 saya.. saya akan letakkan himpunan doa2 ini dirujuk dari blog cik/puan.harap dihalalkan ilmu ini yer..mekasih.

Mohd. Ikhsan bin Md. Raus mengatakan...

Saya juga ingin meletakkan post saudari di dlm blog sy utk tatapan pelajar sy. May God bless you.

khairul mengatakan...

mohon untuk ambil doa-doa ini untuk dikongsikan bersama pelajar-pelajar sekolah. terima kasih atas usha yang bagus ini

nisa_babyish mengatakan...

salam akk...saye cari2 doa tbe2 jmpe doa akk...saye copy ye..akk name saye pn nisa...bole saye jd follower akk..huhu...saye nk cter pnjg2 ngn akk bole??..emm saye ade nk cter masalah saye kat akk..hope akk bole bantu saye nti...saye nk mntk nchat akk....

demang mengatakan...

Boleh rujuk website http://al-azkar.blogspot.com/2008/05/doa-penerang-hati.html
untuk doa2 dan zikir2 lain.

Saya kenal Mohd Ikhsan tu, school mate saye tu. Bujang lagi tu (just wonder, nape dia letak name penuh eh).. hehe.. jgn marah eh xsun eh.. aku blanje ko makan kalo ko turun KL.

haryzkhairuddin mengatakan...

as salam. terima kasih kerana menyediakan entri seperti ini.

Anna Althafunnisa mengatakan...

trime kasih kawan2 sume...spe de blog..sy nk add laa...
lme x tgk posting lme...so x tau de komen korg ni...hehe

Nurul mengatakan...

Salam.. saya nak copy ye entry2... harap dihalalkan segala ilmu.. May Allah bless you... terima kash..

.:sukasuki:. mengatakan...

mahu copy paste.blh?

ayuna ayuni.. mengatakan...

assalamualaikum...
saya sdg mencari doa-doa dan terjumpa blog ni...
harap sgt dpt copy...
izinkan ye...
:)

buDak TeciK mengatakan...

sy ingin meletakkan doa2 ni dlm blog sy. bt tatapan kawan2 sy yg len. mntak diizinkan yer..

Am mengatakan...

Assalamualaikum.
Terima kasih untuk entri ni
:)

Nur Ayuni mengatakan...

Assalamualaikum, trima ksh di atas doa2 ini. Mohon izin untk copy ye dn mnta halalkan ilmu ini.

Missy Rahira mengatakan...

Alhamdulillah... mohon share ye =)

eiykalove mengatakan...

sye copy n paste yer....halalkan ilmu ny yer...may god bless u..thank u

eiykalove mengatakan...

yeaa dh jmpa pom..sye copy n paste ek....halalkan ilmu ni yer...may god bless u.

Anonim mengatakan...

salam ,minta izin copy ya,terima kaseh :)

Cikgu Diana mengatakan...

Assalamualaikum Puan,
Saya mohon untuk linkkan entri Puan ini di dalam blog untuk tatapan pelajar-pelajar.

Terima kasih di atas perkongsian yang sangat bermanfaat.

Unknown mengatakan...

tq doa2 tersebut.. sgt membantu., mohon copy di blog sy ye... May god bless u :)

Syaz mengatakan...

alhamdulillah.. at last.. jumpa pun panduan doa yg lebih mudah nak ikut.. sy minta izin nak share dkt my blog yea.. will gv crdt to ur blog ;) may Allah bless u sis

Anonim mengatakan...

mohon share doa2 nie..jazakallah khair..

kisah cinta mengatakan...

assalamualaikum... saudari.. saya ingin copy doa-doa ini utk d letakkan di dlm blog saya bagi bacaan kawan-kawan saya.. harap dapat di halalkan ilmunya.. terima kasih.
http://rashidatul-adawiyah.blogspot.com
datang-datanglah ke blog saya..

Anonim mengatakan...

trima kasih ats prkongsian ilmu ini....smoga akn mndatangan manfaat...tq

Anonim mengatakan...

Thanks For Share..

sNa mengatakan...

Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian. Mohon untuk diamalkan dan dkongsi dengan yg lain. InshaaAllah

shuwati mengatakan...

Sedih bila mendengar terima kasih kerana telah sedekah dkt sya doa

Unknown mengatakan...

Mintk izin copy perkongsian di atas.semoga Allah merahmati akk

Unknown mengatakan...

Mintk izin copy perkongsian di atas.semoga Allah merahmati akk

Unknown mengatakan...

Minta izin saya seorang pelajar nak copy doa² ni .. utk bacaan harian sebelum g kelas .. minta halal kan semoga Allah memberkati ...

TukangUrut mengatakan...

Izinkan saya untuk gunakan isi kandungan wirid ini untuk pembukuan ebook sebagai hasil kerja alumni kepada adik-adik yang masih dalam pengajian.

Anonim mengatakan...

Minta izin untuk amalkan doa2 daripada blog tuan/puan ini. Semoga keberkatannya mengalir buat tuan/puan sekeluarga serta seluruh umat islam. Amiin.

Anonim mengatakan...

Saya amalkan ye sbgai student.... Terima kasihh kepada blog nii... Semoga dipermudahkan urusan da rezeki 🌹🌹🌹