my page

Minggu, 23 Maret 2008

CEMerlaNG denGAN memInGGIRkaN wAHAn DAN menjaDI GHURABA..

Kelmarin ketika FLAIR NITE diadakan biro API(agama dan pembangunan insan) telah mengedarkan risalah ....dan saya telah berkesempatan membacanyer.....risalah ini ada dua pertama dari Dr Danial bin Zainnal Abidin (M.B.Ch.Alexandria seorang pengarah urusan Danial Zainal COnsultancy (M) Sdn. Bhd. Kedua dari Dr Mohd Asri ( mufti kerajaan negeri perlis). Saya akan menyalin semula risalah yang pertama dahulu...dan sama-sana lah kita merenungkan kembali nasib kita sebagai umat islam d zaman yang serba moden...

ya, islam akan bersinar semula di muka bumi walaupun bumi cuba dihalangi oleh musuh-musuhnya. Allah berfirman di dalam surah As- Saff ayat 8, "Mereka hendak memadam cahaya agama Allah dengan mulut mereka. Allah tetap akan menyempurnakan cahaya agamaNya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.

Tidak dapat dinafikan secara umumnya kualiti umat islam berada ditahap amat rendah pada hari ini. Di antara sebabnya ialah wabak wahan yang sedang menyerang umat islam sejagat. Wabak ini menyerang hati umat islam, melemah dan merosakkannya sehingga mereka kehilangantaring dan kehebatannya. Secara dasarnya, mereka yang cintakan dunia akan menjadi hambanya. Mereka yang menjadi hambanya akan melupakan tugas-tugas pengabdian kepada Allah. Mereka yang melupakan Allah terpaksa melupakan rahmat dan nikmatnya.

Mereka yang seperti ini akan diporak-perandakan oleh musuh-musuh secara mudah. berhubung dengan ini Nabi bersabda, " hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengurumuni suatu hidangan.." Berkata seorang sahabat, " Adakah lantaran jumlah kita yang sedikit,?" Nabi menjawab " tidak, sebaliknya kamu ramai tetapi kamu seperti buih-buih ketika berlaku banjir. Allah mencabut rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu. " sahabat-sahabat bertanya, "Apakah dia wahan,?" bersabda Nabi ," cintakan dunia dan takutkan mati. " hadis ini diriwayat oleh imam Abu Daud.

Sahabat-sahabat nabi merupakan contoh yang terbaik tentang golongan yang berjaya. Mereka tidak mencintai dunia, justeru mereka menguasainya. Kecintaan mereka dihadapkan kepadA akhirat dan bagi mereka dunia hanyalah tempat mencari bekalan persis musafir di dalam perjalanan. Mereka memahami dan menghayati sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud , " jadilah kamu di dunia seperti oarang musafir ataupun seorang yang sedang melalui suatu jalan ," .

Cinta terhadap dunia perlu digantikan dengan cinta terhadap Allah tanpa mengabdikan dunia. Kecintaan terhadap Allah akan melahirkan perasaan cinta terhadap akhirat dan ia mempunyai menifestinya. Di antara manifestinya ialah bereni melawan arus kesesatan dan kemungkaran yang melanda. Mereka yang seperti ini merupakan Ashabul Kahfi di akhir zaman. Mereka yang seperti ini merupakan Ghuraba berdasarkan sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang bermaksud, " Islam bermula asing dan ia akan kembali asing seperti permulaanya, maka bahagialah golongan Ghuraba. " Sahabat nabi bertanya kepada Baginda, " Siapakah Ghuraba ya Rasulullah ?" Baginda bersabda , " Mereka ialah golongan yang memperbaiki keadaan yang dirosakkan oleh manusia.

Memperbaiki sesuatu yang rosak bukanlah suatu yang mudah apatah lagi jika kerosakkannya sudah begitu teruk. Namun itulah tugas-tugas wajib dilaksanakan oleh mereka yang cintakan agama kerana kemuliaan mereka terletak di situ.Justeru ilmu yang mantap lahi sahih amat diperlukan agar perbaikan yang diperlukan dapat dilakukan dengan baik. Usaha perbaikan yang paling penting ialah mengislahkan manusia terutamanya kefahaman mereka. Berhubung dengan ini, Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud, " manusia adalah laksana lombong emas dan perak, mereka yang terbaik di zaman jahiliah mereka juga lah yang terbaik di dalam Islam apabila mereka memiliki kefahaman dalam agama."

JADI sama-samalah kita menghayati setiap bait- bait perkataan di atas. Diharap dengan menghayatinya dapat merubah diri kita ke arah yang lebih baik.

Tidak ada komentar: